Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Saya tak tahu nak tulis tajuk apa

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: April 9, 2021 1:58 AM

Sulit 2 bulan

Saya lelaki umur 26 saya mahu ajukan pertanyaan adakah normal manusia berkomunikasi dgn diri sendiri? Dan ada masa juga saya dimarah @ dikecam oleh diri sendiri membuatkan saya rasa down, tiada mood… saya perlukan penjelasan adakah normal @ tidak? Sebabnya dari kecil saya dh terbiasa. Saya juga senang lupa. Kdg apa yg dah terfikir. Bila nk search dia hilang xdapat nak ingat. @ bila letak barang mcm gelas ke kdg x ingat kt mane. Berbalah plk dgn diri sendiri. Adakah ianya penyakit? Terima kasih.

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, hanya dengan penjelasan di atas, sukar untuk saya membuat kesimpulan mengenai keadaan anda.

Sebaiknya, anda merujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor di klinik/hospital berhampiran. Dari situ mereka akan melakukan pemeriksaan dan menanyakan beberapa soalan kemudian merujuk kepada pakar psikiatri jika perlu. Justeru, rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda bagi mengatasi masalah ini demi kebaikan diri anda.

Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:

  • cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
  • jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
  • jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
  • mendapat rehat / tidur yang secukupnya
  • jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
  • minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
  • percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan

Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera sebelum keadaan anda semakin parah.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Apr 09 2021 01:58:35 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Psikiatri tentang masalah psikiatri secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19