Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Saya taktahu penyakit saya.saya ingin bertanya kepada doctor dan ingin doctor tuk menjelaskan kepada saya bagaimana nak mengatasinya terima kasih

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Jun 16, 2021 4:15 PM

Sulit 3 bulan

Saya berumur 18 thun dan saya tkthu sya mengalami apa…sebb saya selalu rasa takut rasa nk marah…saya lebih suka seorang diri dan lebih suka berdiam dari pda berckp… ada masa saya gelak dan menangis tanpa sebab…terasa nk cederakan diri…dan trauma bila selalu teringat perkara yg husband saya buat seblumni dekt saya…

Dr Ramzdhan 3 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang rasa takut, marah, kesedihan dan juga mempunyai perasaan untuk mencederakan diri. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.

Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:

  • Stres berlebihan
  • Kurang rehat
  • Perubahan hormon

Namun gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:

  • Masalah kelenjar tiroid
  • Anxiety
  • Kemurungan
  • Skizofrenia
  • Bipolar disorder

Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.

Sekiranya anda memerlukan sokongan emosi ataupun moral, anda boleh meluahkan perasaan anda kepada rakan-rakan atau orang yang dipercayai dan memahami keadaan anda ataupun menghubungi pihak Befrienders ataupun talian mereka, 03-76272929.

Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Wed Jun 16 2021 16:15:46 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Psikiatri tentang masalah psikiatri secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19