Fasiha

5 tahun

Saya terkena kurap apabila period. Bagaimana merawatnya?

Hello doc , sya seorang remaja perempuan yang berumur 15 tahun . Dan saya telah period kira2 seminggu yang lpas dan hari ni adalah hari yang kesembilan saya period , tapi sejak saya period saya mengalami kegatalan pada permukaan kemaluan saya , so i thought gatal biasa , tapi makin hari makin gatal , dan bila saya periksa , pada permukaan faraj saya mempunyai kurap atau jangkitan kulat , so persoalannya , bagaimana ka utk saya merawatya doc ? ini telah berlaku kira2 sejak saya period

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Salam sejahtera.

Jangkitan kulat kandida atau candidiasis merupakan sejenis jangkitan yang sering berlaku kepada kaum wanita. Jangkitan candida biasanya akan menyebabkan keputihan faraj yang pekat. Selain itu, pesakit akan mengalami kegatalan di bahagian kemaluannya.

Jangkitan kulat vagina bukan penyakit kelamin. Namun demikian, pesakit boleh mengalami kesakitan di bahagian faraj semasa menjalankan hubungan kelamin. Jangkitan lain seperti bacterial vaginosis (BV), gonorrhea dan chlamydia juga boleh menyebabkan keputihan faraj yang mirip dengan jangkitan kulat. Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor.

Secara umumnya, jangkitan kulat dirawat dengan pesari faraj atau vaginal pessary, iaitu sejenis ubat yang disumbatkan ke dalam bahagian faraj untuk membunuh kuman. Penggunaan pesari untuk beberapa hari akan disyorkan untuk membunuh kulat dengan sepenuhnya.

Untuk mencegah jangkitan kulat, elakkan penggunaan bahan wangian di bahagian kemaluan. Pastikan bahagian kemaluan anda sentiasa kering dan bersih. Elakkan seluar dalam yang dibuat daripada bahan sintetik. Jika anda menghidap kencing manis, pastikan paras gula anda adalah terkawal.

Dr Ilias,

5 tahun

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda. Selain daripada kurap, jangkitan yeast juga boleh berlaku di kawasan kelamin. Oleh itu, anda perlu mendapat pemeriksaan doktor anda untuk memastikan jenis jangkitan.

Kurap bagi anda juga dipanggil tinea cruris dalam istillah perubatan. Kurap boleh menyebar dari satu individu kepada individu lain melalui kontak secara langsung ataupun tidak langsung. Kontak secara langsung adalah melalui pertembungan dengan kulit yang dijangkiti, manakala kontak secara tidak langsung adalah melalui perkongsian sikat, baju ataupun barang penjagaan diri. Masalah ini boleh berlaku kepada semua orang, tetapi lebih biasa dalam kalangan kanak-kanak. Kurap biasanya berlaku di cuaca yang panas dan lembap.

Secara amnya, kurap menyebabkan kulit yang dijangkiti menjadi gatal, kemerahan, ruam yang berbentuk bulatan dengan persiiskan di tepi ruam. Terdapat beberapa kondisi kulit lain yang boleh mimik simptom-simptom kurap, seperti psoriasis, yeast infection dan intertrigo. Oleh itu, pemeriksaan daripada doktor anda boleh membantu menetukan kondisi ini adalah kurap.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)