
norazilahmokhtar
6 tahun
Saya tidak selesa dibelah kiri perut
Saya wanita yg umur 29 thn… sy seorg suri rumah yg dh berkahwi dan mempunyai seorang anak lelaki…semasa sy mngandungkan anak sy… sy ada mengalami masalah cyst sebelah kiri dlam 2 inci… masa tu kandungan sy 2bulan… lepas tu masuk 7 bulan cyst semakin mengecil… & masa 8 bulan sy scan kandungan sy… doktor bgtau cyst dh xnampak … jadi lepas bersalin sampai anak sy dh 3 tahun sy xpernah scan lagi…period sebelum ni teratur je… masuk 2,3 bulan period sy lewat seminggu… selalu tiap2 bulan akan datang tarikh yg sama… sekarang dh jadi lewat seminggu… bulan 3 lewat seminggu 26 hb 3 baru datang… sekarang bulan 4 belum datang period lagi… sy risau adakah ini tanda2 cyst… Perut sy pn selalu kembung jgak belah kiri dan rasa mcm ada benda gerak tapi xdela setiap hari rasa benda bergerak tu… sekarang sy risau adakah cyst tumbuh balik dlm perut sy??

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara sebab-sebab yang boleh menjejaskan kitaran haid wanita termasuk:
- Gangguan hormon apabila berlakunya perubahan badan seperti kehamilan, selepas melahirkan anak, keguguran anak dan ketika akil baligh atau menopaus.
- Penggunaan kontraseptif seperti kontraseptif hormon atau alat kontraseptif dalam rahim.
- Tekanan emosi, masalah pemakanan kerana anoreksia atau bulimia, perubahan berat yang terlampau banyak atau senaman berlebihan.
- Penyakit-penyakit seperti fibroid, endometriosis, gangguan hormon tiroid, sindrom ovari polisistik dan kanser organ reproduktif.
- Kesan sampingan ubat seperti ubat tiroid, antiepileptik, antidepresan dan penipis darah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!