
maisarahmarzuki07
5 tahun
Scan baby terlalu kerap
Hi. Sy ingin bertanya, jika scan baby terlalu kerap (setiap minggu) akan effect kepada baby ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, terdapat banyak jenis scan yang boleh dilakukan terhadap ibu mengandung. Sekiranya scan yang puan maksudkan adalah prenatal ultrasound scan, maka prosedur ini boleh dikatakan selamat.
Secara amnya, semua prosedur perubatan mempunyai risiko. Tetapi, tiada bukti menunjukkan bahawa prenatal ultrasound scan yang dilakukan akan membahayakan ibu atau anaknya yang belum lahir. Oleh itu, prosedur ini dianggap selamat kerana tidak menggunakan radiasi, berbeza dengan prosedur lain, seperti X-ray yang menggunakan radiasi.
Sebaiknya, puan berbincang dan mengikut nasihat doktor anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.