
Sulit
5 tahun
Scan ovum matang untuk pregnant
Doc, kalau nk scan ovum matang. Kena scan kat bwh or perut je?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, ujian imejan ultrasound yang dijalankan untuk mengesan ovulasi atau pelepasan ovum yang matang adalah ultrasound pelvis. Biasanya ujian ini dijalankan dengan probe ultrasound di atas abdomen dan jika perlu dan dengan kebenaran anda akan dijalankan melalui faraj.
Sila rujuk dengan pakar sakit puan untuk maklumat lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.