
nurliyanahasri
5 tahun
Sebab saya rasa macam sesak nafas? Kadang okay
Umur saya 23 , saya tak ada kaitan dengan mana² pesakit, or saya tak ada travel ke mana pon…tpi 15/3 saya demam, tpi tak ada batuk or selsema, cuma selera makn saya tak ada, and ada la jgk cirit birit… 17/3 saya dah okay dah x demam,. Selera makn saya dah okay, but now kadang saya rasa macam sesak nafas, kadang saya bile rse takut or bimbang, risau, saya akan rsa jantung ni debar lain macam, jdi mcm nervous…adakah saya telah di jangkiti, sedangkn saye xde gejala yg lain cuma rasa mcm sesak nafas shaja or itu cuma perasaan saya sahja sbb dengan situasi negara kita ini?

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, masalah sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan selain COViD-19. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Walaubagaimanapun, kita masih belum boleh mengecualikan COVID-19. Sila nilai risiko anda melalui kuiz berikut:
- Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini