Sulit
3 tahun
Sebelah kiri badan kesemutan
Saya wanita berusia 24 tahun,saya mengalami kesemutan disebelah kiri badan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Namun begitu, lebih banyak maklumat mengenai anda diperlukan dan pemeriksaan perlulah dilakukan untuk mengenalpasti punca mengapa anda mengalami masalah kesemutan tersebut.
Ini adalah antara sebab yang boleh menyebabkan seseorang mengalami kesemutan:
- Kencing manis
- Saluran darah tersumbat
- Masalah saraf
- Masalah kelenjar tiroid
- Ubat-ubatan
Walaupun begitu, ini hanyalah keterangan am kami mengenai masalah yang anda hadapi. Anda dikehendaki untuk berjumpa dengan doktor dan membuat pemeriksaan supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda sekiranya perlu.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.