Dijawab oleh: Dr Ramzdhan
Salam doc… 26/2 hari tu sy disahkab positive covid… selepas seminggu adik sy dan anaknya pula positive… sy tpaksa menjaga anaknya… selang beberapa hari sy pula x sihat…demam batuk selsema sakit badan…adik suruh sy buat pcr sbb risau dengan keadaan sy… setelah ujian dilakukan ct value sy 27. Adakah ini bermakna jangkitan baru?? Apakah ct value utk post covid?
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mempunyai persoalan untuk mentafsir bacaan CT.
Cycle Threshold (CT) value ataupun “nilai kitaran ambang” adalah bilangan kitaran yg diperlukan untuk penumpuan fluorescent memberikan isyarat untuk melintasi paras Nilai ambang atau “threshold Level” dan dikesan sebagai positif. Biasanya dalam ujian RT PCR mempunyai kurang lebih 40 kitaran untuk mendapatkan bacaan positif.
Jika pengesanan CT value adalah rendah, maka kita dapat rumusan;
Jika didapati CT value adalah tinggi ini bermakna;
Umumnya, batas angka itu sebesar 40. Cara membaca angka nilai CT adalah:
Walau bagaimanapun, mempunyai nilai CT yang tinggi tidak menjamin bahawa anda tidak boleh menghantar virus kepada orang lain.
Berdasarkan keadaan anda, CT 27 dengan simtom-simtom badan(demam batuk selsema sakit badan),saya menasihatkan anda untuk menjalani kuarantin rumah mengikut panduan MOH terkini berdasarkan status vaksinasi anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini