
Sulit
3 tahun
Seboric dermatitis di bahagian kulit kepala dan telinga
Hai, saya wanita berumur 27, saya mengalami penyakit ni sejak 7 tahun yang lalu, byk pergi klinik untuk ubati, tapi masih sama, kalini doc beri saya charcoal shampoo, aqueous cream dan hydrocortisone cream. Saya pki selama seminggu ni, saya rasa makin teruk, kulit saya gatal dan rasa burning sensations, patut ke saya stop atau teruskan… saya x selesa sangat2…

3 tahun
Hai salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda,
Kami memahami anda mempunyai masalah kulit seboric dermatitis dan ingin mengetahui jikalau anda perlu memberhentikan ubat yang diberikan kepada anda kerana kulit nampak semakin teruk.
Adalah disarankan kepada anda untuk tidak memberhentikan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor tanpa nasihat seseorang doktor kulit pakar.
Hal ini demikian kerana,kulit anda mungkin akan lebih merosot jikalau anda berbuat demikian.
Namun begitu,anda dinasihati untuk melawat doktor kulit pakar anda agar dapat menerima pandangan tentang kulit anda yang anda rasa semakin teruk dalam masa terdekat ini.
Doktor pakar akan cuba mengubahsuai ubatan yang diberikan mengikut kondisi masa ke semasa.
Adalah amat penting untuk anda tidak menggunakan jari untuk menggaru kawasan kulit yang terlibat.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor melalui konsultasi atas talian kami.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!