
Anonymous
5 tahun
Sejak remaja lagi kerap sakit kepala
saya wanita berusia 35 tahun… saya baru berkhawin hampir 2 tahun belum mempunyai anak lagi… masalah saya dr zaman remaja lagi saya selalu atau kerap sakit kepala… sakit yang kadang2 rasa nak hantuk kepala dekat dinding… kadang2 sakitnya sampai berhari2 tak juga sembuh… kadang2 bangun tdo tetiba kepala sakit… ada masa juga saya kena buang air besar baru sakit kepala saya tu hilang dengan sendiri… ada masa pula sakit tu tak hilang walau pun saya dah makan ubat tahan sakit… dan saya selalu kelihatan lesu dan hitam bawah mata sebab tetalu kerap sakit kepala… kadang2 badan ni rasa lemah je… saya nak tahu adakah sakit kepala yg saya alami ni biasa atau saya perlu berjuma doctor?? ada ubat lain tak untuk hilang rasa sakit kepala selain dari makan ubat tahan sakit je dan beri kesegaran pada tubuh badan saya yang lesu ni… sekian…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk dicari tahu penyebab pasti masalah ini agar dapat ditatalaksana dengan tepat. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.