uniqueaida14
6 tahun
Sejauh manakah keburukan skoliosis?
Saya berumur 23 tahun. Pada tahun lepas, saya ada melakukan normal check up di klinik swasta untuk melengkapkan borang sebelum diterima bekerja. Dan saya didapati mempunyai minor skoliosis akibat kemalangan pada tahun 2010. For the moment, akibat kemalangan tersebut, bahu sebelah kiri saya agak senget dan sering sakit walaupun melakukan kerja ringan. Adakah ianya bahaya? Selain itu, saya tidak menghiraukan skoliosis saya. Adakah ianya merbahaya?
Terima kasih doctor.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,skoliosis merupakan sejenis kondisi di mana tulang belakang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul. X-ray tulang belakang yang normal biasanya akan menunjukkan tulang belakang yang lurus tetapi x-ray skoliosis kelihatan seperti huruf S atau C.
Antara tanda-tanda skoliosis adalah:
- Sebelah bahu yang lebih tinggi.
- Pinggang yang menonjol ke tepi
- Bongkok sebelah akibat penonjolan tulang rusuk
- Struktur otot yang tidak seimbang
Skoliosis tidak akan memudaratkan kesihatan selagi tidak mendatangkan simptom simptom seperti sakit belakang,sesak nafas, pitam dan sebagainya akibat himpit organ seperti jantung dan paru paru.Selain itu,penghidap skoliosis boleh menjejaskan kualiti hidup dan pesakit kurang keyakinan. Ini disebabkan mereka tidak boleh berjalan secara normal, tidak boleh berlari, sukar bernafas serta mengganggu aktiviti harian.
Mengenai rawatan bagi skoliosis, terdapat tiga peringkat mengikut tahap skoliosis iaitu observation (pemerhatian), ‘orthosis’ (pengunaan alat sokongan dengan tujuan pembetulan tulang yang membengkok atau melengkung) dan ‘operation’ (pembedahan).
Anda amat disarankan untuk rujuk kepada pakar tulang untuk membuat perbincangan tentang gejala yang anda alami supaya diberi rawatan yang sesuai. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk nasihat lanjut. Terima kasih




































