Sulit
4 tahun
Sekejap panas skjap sejuk
assalamualikum dok saya lelaki umur 23 sya sudah vaksin 2 dos tapi sebelum vaksin malamnya sya demam …esok nya sya trus vaksin dan slepas vaksin petangnya langsung demam tinggi sya minum obat demam esoknya oke tetapi lepas tu esoknya lagi demam disertai batuk-batuk … sampai satu minggu ni demam tu tak terus hilang sekejap panas sekejap sejuk …
apakah ini efek daripda vaksin dok … atau ade sakit lain?? …
oke dok terimakasih
assalmualikum …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, kesan sampingan umum vaksin Covid termasuk:
- Sakit, bengkak di tempat suntikan
- Demam
- Menggigil (rasa sejuk)
- Sakit otot atau sendi
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Batuk dan sakit tekak
- Loya dan muntah
Gejala-gejala ini akan menyembuh secara sendiri dalam jangka masa sekurangnya 1 minggu dan tidak menyebabkan sebarang komplikasi.
Sebab sebelum vaksinasi anda telah mengalami demam, kami tidak dapat pastika punca demam anda tanpa sebarang periksa dan penyelidikan. Sebaiknya anda merujuk masalah anda kepada doktor dengan lebih lanjut untuk dapatkan ujian tambahan dan penyelidikan. Rancangan rawatan yang sesuai juga dapat dibincang.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link in untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























