
Sulit
2 tahun
Selalu makan pil tranexamic acid 250mg
sya umur 32thn,ada fibroid yg myebabkn darah saya byk keluar,saya mkan pil tranexamic acid 250mg 2 biji 3 kli sehari utk 3 hari shj,klo saya berterusan makan pil ini setiap kli period adakah memudaratkn?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan ubat tranexamic acid adalah bertujuan untuk mengurangkan pendarahan berlebihan berlaku. Anda dinasihatkan untuk mengambilnya selagi pendarahan yang berlaku adalah banyak atau berpanjangan bagi mengelakkan kehilangan banyak darah yang boleh menyebabkan anemia (kurang sel darah merah). Ubat ini perlu diambil dengan berhati-hati bagi pesakit buah pinggang, ibu yang mengandung serta ibu yang menyusu. Sekiranya anda mengalami kesan-kesan sampingan dari ubat ini, anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun bercakap dengan kami bagi alternaatif lain di link ini (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma). Sekian