syafiq

5 tahun

Selalu on off juga dapat sakit perut

Hi Dr. , Saya berusia 53 tahun dan ada fatty liver. Selalu on off juga dapat sakit perut. Apakah rawatan yg ada dan apa mungkin sbb sy dapat sakit ini?

Selmat sejahtera! Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan kenyataan anda di atas, punca-punca yang boleh menyebabkan sakit perut adalah

  • Radang hati
  • Pedih ulu hati
  • Batu hempedu dan sebagainya

Batu hempedu merupakan sejenis kondisi yang boleh menyebabkan sakit perut yang berkala. Batu hempedu biasanya disebabkan oleh kandungan kolesterol yang terlalu tinggi di dalam hempedu.

Mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, kolesterol tinggi atau mereka yang lanjut usia mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit batu hempedu.

Kesakitan yang dialami adalah berpunca dari batu hempedu yang tersumbat atau terperangkap di dalam saluran atau pundi hempedu.

Batu hempedu biasanya tidak perlu dirawat kecuali jika ia menyebabkan kesakitan atau jika komplikasi seperti radang hempedu atau radang pankreas telah berlaku. Jika anda disahkan menghidap penyakit batu hempedu, pembedahan kecil boleh dijalankan untuk mengeluarkan keseluruhan pundi hempedu serta batu-batu hempedu di dalamnya.

Pembedahan untuk membuang hempedu biasanya tidak menyebabkan sebarang komplikasi serius dan pesakit boleh hidup macam biasa selepas mereka pulih daripada pembedahan tersebut.

Selamat pagi! Terima kasih atas soalan anda.

Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda. Hati adalah organ di bagian kanan atas perut anda dan mempunyai peranan untuk:

  • Membuang racun dari tubuh anda
  • Menghasilkan atau membina protein
  • Menghasilkan hempedu yang diperlukan untuk pencernaan lemak

‘Fatty liver’ atau hati berlemak bermaksud terlalu banyak lemak pada organ ini. Terdapat dua jenis kondisi hati berlemak iatu 'Non-alcoholic fatty liver disease or ‘Alcoholic liver disease’.

‘Nonalcoholic fatty liver’ (NAFLD) adalah jenis yang paling serius. Kondisi ini menyebabkan lemak terkumpul dalam hati, tetapi itu tidak akan menyebabkan kesakitan. Tidak ada rawatan yang khusus untuk masalah ini tetapi mengurangkan berat badan adalah penting untuk merawat kondisi ini.

‘Alcoholic liver disease’ (ALD) adalah disebabkan minuman keras. Kondisi ini boleh dirawat dengan menghentikan pengambilan minuman keras. Ini boleh membantu menyembuhkan hati anda.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)