Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Selalu rasa pening kepala dan jantung bedebar

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: September 25, 2021 4:47 PM

Sulit 30 hari

Sy lelaki berumur 39 tahun…Sy seorg yg aktif sukan… Pertengahan tahun 2019 ketika berbasikal sy mengalami nafas pendek…bila sampai dirumah jantung bedebar debar pula… Sy ke hospital utk buat pemeriksaan… Sy ditahan dan dimasukkan ke ccu 1 mlm utk pantau jantung sy… Alhamdulillah semuanya normal walau heart rate sy ada ketika bwh 60… Doc yg merawat sy maklum sy ade gastrik dan angin… Tapi sejak kebelakangan ni simptom kebas kaki tgn kiri dan kanan, sakit kepala dan pening kepala, nafas pendek, berdiri atau duduk terase goyang jer, jantung bedebar debar… Adakah sy mengalami masalah jantung atau darah tinggi… Bantu sy doc…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 30 hari
General Practitioner

Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.

Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala kebas kaki dan tangan, sakit dan pening kepada serta nafas pendek dan jantung berdebar-debar. Anda juga memaklumkan bahawa anda pernah mengalami masalah dan telah diberitahu oleh doktor anda bahawa anda mengalami masalah gastrik dan angin. Kami akan cuba membantu anda.

Kami memerlukan maklumat lanjut mengenai masalah anda supaya kami dapat memberikan anda diagnosis yang tepat. Oleh itu, kami akan menjawab soalan anda secara umum.
Masalah anda boleh disebabkan oleh :

  • Masalah jantung koronari seperti angina
  • Anemia
  • Hipoglisemia
  • Kekurangan vitamin dalam badan
  • Penyakit darah tinggi

Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya masalah anda dapat dikenal pasti puncanya dan dirawat. Anda boleh merujuk kepada doktor kami secara atas talian supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!

Dikemaskini pada: Sat Sep 25 2021 16:47:36 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang denyutan nadi & kesihatan jantung secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian Swab PCR COVID-19 Ujian RTK COVID-19