Sulit
3 tahun
Selalu sesak nafas pada waktu malam
saya wanita berumur 35 tahun…saya merupakan seorang ibu yang punya masalah sering terasa sesak nafas pada waktu malam…pada waktu siang tubuh saya macam biasa seolah tidak mempunyai masalah…kadang² saya tidak dapat tidur lena pada waktu malam…saya juga selalu merasa letih pada waktu malam…untuk pengetahuan doktor saya juga ada tekanan darah tinggi…kenapa pada waktu malam saya selalu saja sesak nafas…dan nafas saya juga ada berbunyi seolah macam asma…kalau saya baring saya tak akan dapat bernafas tapi kalau saya duduk nafas saya macam biasa saja…apa masalah saya doktor adakah saya ada asma…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk maklumat anda, perkara ini perlu diberikan perhatian segera oleh anda dan doktor kerana ia mengganggu tidur anda dan menyebabkan anda susah bernafas. Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan anda mengalami gejala sedemikian, seperti:
- Serangan jantung
- Darah tinggi yang tidak terkawal
- Obstructive sleep apnea
- Pedih ulu hati atau GERD
- Jangkitan paru-paru
- Anemia atau kekurangan darah merah
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai keadaan anda berdasarkan kenyataan anda. Anda perlu berjumpa doktor dengan segera kerana kami bimbang ia mungkin berpunca daripada sesuatu yang lebih serius dan berkemungkinan boleh menjadi lebih parah.
Sesak nafas boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Berikut merupakan antara gejala lain yang perlu diberikan perhatian (red flags) dan anda dikehendaki berjumpa dengan doktor segera:
- Pening kepala
- Gangguan penglihatan
- Sakit dada
- Pitam
- Gangguan aktiviti harian
Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan mengenai keadaan anda daripada doktor pakar kami secara peribadi di atas talian. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.