
Sulit
3 tahun
Selalu terkencing selalu
sejak kemarin saya sering saja kencing…badan pun seram sejuk…adakah selepas membuat hubungan intim dgn suami selepas seminggu boleh dibuat cek kehamilan…ataupuan sebaliknya

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami anda mengalami masalah kencing yang sangat kerap selepas hubungan seksual serta risau jika ia adalah petanda untuk kehamilan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah kencing yang kerap boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
Minum air secara berlebihan dari kebiasaan
Infeksi pada salur kencing
Penyakit kelamin (STD)
Kehamilan
Diabetes
Bagi ujian kehamilan, waktu yang sesuai bagi ujian ini adalah 2 minggu setelah haid anda terlepas dan tidak mengikut kitaran yang sepatutnya, atau 10-14 hari dari akhir waktu konsepsi seksual.
Jika anda mempunyai simptom seperti demam, sakit ketika kencing, sakit atau gatal pada bahagian kelamin ia lebih menandakan masalah infeksi dan perlu mendapatkan rawatan daripada doktor. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.