Sulit
2 tahun
Selamat petang dr.. Saya Nak ajukan pertanyaan mengenai berak bedarah
Hy dr, semalam saya buang air besar… Bila buang tu najis tu keras dan sukar untuk di teran dan mungkin menyebabkan Luka pada anus Saya dan bedarah… dr boleh cadangkan X? Makanan YG sesuai untuk mengelakkan najis menjadi keras…?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Berikut merupakan sebab-sebab berlakunya darah segar pada najis (Hematochezia):
- Buasir
- Fisur dubur (Anal fissure)
- Polip usus atau Familial adenomatous polyposis (FAP)
- Penyakit keradangan usus seperti ulser usus ( Ulcerative Collitis, Chrons DIsease, dll.)
- Pendarahan pada usus separuh bawah (Lower GI bleeding)
- Gangguan neoplasma
Sakit kepala & gejala menghampiri pitam anda boleh berpunca dari gangguan buang air besar tersebut, namun iaanya boleh menandakan gangguan yang lain seperti:
- penurunan zat besi atau hemoglobin dalam tubuh
- tubuh kekurangan air
- jangkitan kuman yang sistemik
- dan lain-lain
Sekiranya gejala-gejala tersebut berlarutan atau bertambah, sila berjumpa dokter segera.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.