
Sulit
3 tahun
Selepas habis quarantine boleh walk in ambil vaksin?
selepas habis quarantine boleh walk in ambil first vaksin ? tiada gejala covid 19 dan umur 43 female

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, setelah anda habis kuarantin dan keputusan ujian covid terkini adalah negatif, anda boleh walk in ambil vaksin Covid. Pastikan sekurangnya 10 hari telah berlalu sejak timbulan gejala anda dan mengikuti SOP semasa anda hadiri ke pusat vaksinasi.
Sekiranya ujian covid terkini anda adalah positif, anda perlulah menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454 untuk arahan terkini, serta tarikh temujanji anda untuk vaksinasi perlu diubahkan.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi pusat vaksinasi anda hadiri tersebut.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini