
Sulit
3 tahun
Selepas keguguran period tidak datang
Saya wanita berusia 24 tahun dan telah mengalami keguguran yang pertama pada 18.5.2021 seawal 6 minggu kandungan ketika itu. Tetapi sehingga sekarang saya tidak kedatangan haid. Adakah itu normal doctor? Mohon pencerahan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Pertama sekali, kami mengucapkan takziah atas keguguran yang anda alami. Kami juga memahami bahawa anda mengalami masalah haid yang tidak datang selepas keguguran. Kami akan cuba memberikan pencerahan mengenai hal ini.
Untuk makluman anda, keguguran boleh mempengaruhi kitaran haid seseorang, dimana ia boleh menyebabkan kitaran tidak teratur ataupun lambat. Namun, haid yang lambat setelah keguguran juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Atau, ia boleh disebabkan beberapa perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor seperti
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi