Sulit

2 tahun

Hampir dua bulan tanpa simptom hamil dan pregnancy test negatif

Hai, saya ingin bertanyakan kemusykilan kami suami isteri, saya telah melakukan hubungan seks bersama isteri saya pada 10 March lepas dan sehingga hari ini (10/4/2022) darah period isteri saya masih tidak keluar. Hari pertama period cycle isteri yang terakhir adalah pada 12 Februari dan berakhir pada 20 Februari serta kami tidak menggunakan sebarang alat untuk mencegah kehamilan selain saya melakukan withdrawal method. Isteri saya menyatakan dia tidak mempunyai simptom hamil langsung (selain terdapat keputihan yang berwarna sedikit kuning yang keluar dari vagina dalam kuantiti yang sedikit dan dia mengadu sedikit sakit di bahagian kelengkang dan atas kulit berdekatan vagina) dan pregnancy test menggunakan air kencing menunjukkan keputusan negatif. Isteri saya mempunyai period cycle yang tidak menentu. Soalan saya adakah isteri saya masih ada peluang untuk hamil setelah semua itu? Ataupun hanya period cycle yang lambat?

Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, haid lewat atau tidak datang boleh disebabkan oleh mengandung, tetapi masih ada sebab sebab lain perkara ini berlaku seperti:

  • Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
  • Tekanan emosi
  • Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
  • Masalah kelenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
  • Mengambil pil perancang kehamilan
  • Masalah Sindrom Polisistik Ovari
  • Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:

  • analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
  • pemeriksaan fizikal
  • pemeriksaan kencing atau darah
  • pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)

Ini hanyalah keterangan saya secara am mengenai masalah anda. Anda sewajarnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

UNHAPPY%20COUPLES

HAPPIE%20MALE%20WITH%20GF%202

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)