
Sulit
5 tahun
Selepas makan akan berak-berak
umur ibu 62 tahun… setiap kali beliau makan makanan seprti nasi , mee atau roti… mesti akan berak²… kenapa yer… kadang² sampai 3-4 kali pergi toilet… kerapkali terberak dalam kain…sebab ianya keluar tanpa sengaja…dah cuba makan sop² pun sama… kadang² pagi makan biskut & air… pun boleh berak² juga… adakah berkaitan usus…sebab takde rasa sakit pun bahagian perut

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda,masalah yang ibu anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- irritable bowel syndrome
- Penyakit radang usus
- kerosakan saraf pada dubur
- ketumbuhan barah atau benign pada usus
Sebaiknya anda merujuk doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan diberikan diagnosis dan ubatan yang tepat dan efektif. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.