Sulit
4 tahun
Selepas membuang appendiks rasa gegar di usus/perut
Sy baru sahaja buang apendiks 5 hari lepas. Setiap kali saya batuk, perut/usus saya rasa dan nampak gegaran itu. Boleh saya tahu apa masalah tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gegaran yang anda perihalkan boleh berlaku akibat pergerakan usus akibat tekanan udara di dalam badan semasa anda batuk, ianya secara umum tidak membahayakan. Manakala, jika gegaran disertai dengan sakit perut selepas pembedahan ini mungkin diakibatkan oleh kesakitan di parut pembedahan tersebut. Ianya juga boleh merupakan kesakitan yang normal kerana proses inflammasi untuk menyembuhkan usus yang dibedah dalam perut.
Jika anda mengalami gejala seperti:
- Sakit perut yang serius
- Demam
- Perut kembung
- Tiada selera makan atau tidak boleh membuang air besar
- Pendarahan daripada parut bedah
- Berak darah
Anda disarankan untuk menjumpai doktor anda secepat mungkin kerana pembukaan parut bedah atau pembocoran usus telah berlaku. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih






























