
Sulit
5 tahun
Selepas menanggalkan implant
Saya nak tanya. Bolehkah wanita terus mengandung selelpas membuang implant? Berapa lama tempoh yg diperlukan untuk mengandung selepas membuang implant?
benarkah sekiranya telah membuka implant dan darah haid tak keluar dalam tampoh sebulan pertama seorang wanita itu perlu mengambil ubat untuk menurunkan darah haid? terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda. Untuk makluman puan, selepas membuang implan tersebut, badan anda akan cuba mengembalikan ke status semacam sebelum memasuki implan. Anda akan berpeluang untuk mengandung sebaik sahaja kitaran haid anda dibetulkan oleh badan sendiri dan proses ini akan mengambil hampir sebulan.
Pengambilan ubat sekiranya tidak mendatang haid selepas pembuangan implan akan ditentukan oleh doktor anda. Anda akan berjumpa dengan doktor untuk pembuangan implan dan mendapatkan nasihat selepas beliau menjalani pemeriksaan secara butir.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.