
Sulit
4 tahun
Selepas suntikan depo
Saya wanita 20an, saya baru pertama kali mengambil suntikan depo. saya ambil suntikan depo ketika saya haid hari ke7, which is hari terakhir saya period. boleh ke saya terus bersama dengan suami dan suami pancut dalam? ada kemungkinan ke saya akan pregnant?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, suntikan Depo yang diambil dalam masaa 7 hari selepas hari pertama datang haid akan memberi pelindungan daripada kehamilan dengan serta -merta. Apabila suntikan diambil dalam hari-hari lain setelah tempoh ini, anda dinasihati untuk menggunakan kondom semasa melakukan hubungan seks untuk 7 hari. Anda juga digalakkan untuk mendapatkan suntikan anda tepat selepas 12-13 minggu selepas suntikan sebelumnya.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.