
Sulit
4 tahun
Selepasa bersama bersuami ada cecair berwarna coklat yang keluar Dan pada awal tahun ini saya pernah mengalami pendarahan secara tiba-tiba dalam kuantiti yang sedikit
Saya seorang wanita 35thn berkahwin Dan masih berusaha untuk mendapatkan zuriat. Saya telah berjumpa dengan pakar sakit puan bagi tujuan rawatan. Semenjak awal tahun 2020 , saya pernah mengalami pendarahan sedikit secara tiba2 Tanpa rasa sakit.disebabkan itu saya telah be4jumpa dgn pakar sakit puan bermula Mac 2020 shinggalah sekarang. Didapati saya mempunyai cyst di kdua2 belah ovari saya…Makin saiz terkawal Dan tiada pembesaran. Dan disuspek mempunyai endometriosis .adakah peluang until saya hamil? Dan lagi semenjak kebelakangan ini, selepas saya Dan suami bersama says perasaan Ada cecair berwarna kecoklatan yang keluar.mohon penjelasan doctor,

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, endometriosis ialah keadaan di mana tisu endometrium kadang kala tumbuh di luar rahim, biasanya dalam organ-organ pembiakan (ovari, tiub fallopian)
Endometriosis boleh menyebabkan tiub fallopian tersumbat dan boleh merosakkan ovari. Ia dikatakan adalah punca bagi ketidaksuburan dalam 3 peratus pasangan.
Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan walaupun endometriosis anda teruk, anda masih mempunyai peluang untuk hamil secara natural – ini bergantung kepada bagaimana penyakit itu telah menjejaskan organ-organ pembiakan anda.
Cecair coklat tersebut boleh keluar disebabkan oleh beberapa perkara :
- Sindrom sista ovari
- Endometriosis
- Darah haid
- Jangkitan kelamin
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.