Sulit
3 tahun
Selesema,sakit kepala,sakit tekak
saya perempuan 34tahun.26th pernah cakap dgn seorg perempuan.the next day start selesema 2hari lepas OK sdh…tapihari ini sakit tekak sama kepala malam selesema lagi…sama juga hari ini i ambil courier first i tak pakai mask tapi courierman ada pakai…i ada cakap dgn dia, dia pun ada balas i…lepas itu baru i pakai mask continue ambil brg i…i mahu tanya kalau case ini,mungkinkah i kena jangkit covid?kali pertama i ada pakai mask cakap dgn orgtu…kalikedua cakap dgn courierman baru i pakai mask…
3 tahun
Salam sejahtera.
Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang simptom Covid19.
Anda mengalami simptom selesema, sakit tekak dan sakit kepala selepas berbual dengan seorang wanita.
Untuk makluman anda, menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
Berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti demam. Anda disarankan untuk berjumpa doktor sekali lagi kerana masalah anda belum selesai walaupun telah memakan ubat. Jika doktor itu menasihati anda untuk membuat ujian COVID-19, maka anda perlu membuatnya sekali lagi.
Penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh klik pada link ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini