
Anonymous
5 tahun
Selsema pada setiap pagi atau cuaca sejuk
Sy mempunyai anak lelaki berumur 9tahun… Sy nak bertanya adakah normal anak sy akan selsema dan bersin setiap pagi dan setiap hari…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala bersin dan selesema yang anak anda alami boleh disebabkan:
- Resdung - “Allergic rhinitis”
- Demam virus selesema
- Alahan kepada debu
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.