Sulit
4 tahun
Selsema yang terlalu lama
Saya sudah selsema selama 15 hari , sudah dua kali saya mengambil ubat di klinik kesihatan namun masih tidak sembuh, pada hari ke 13 sy selsama beserta sakit kepala berdenyut denyut dikepala sebelah kanan sehingga hari ke 15.Saya rasa puncanya disebabkan terhidu bau asap rokok.Dan kemudian sy selsema sehingga ke hari ini.Apa yg sy perlu lakukan dokter ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang Sinus
- jangkitan virus
- jangkitan bakteria
- Allergic Rhinitis
Asap rokok sememangnya memberi kemudaratan kepada badan. Jauhinya dan asingkan diri anda daripada perokok.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.