
Sulit
4 tahun
Seluruh Badan Rasa Bersemut
wanita, umur 34 tahun, belum berkahwin.
ada kawan syorkan pengambilan supplement untuk masalah kesihatan saya (CCF, RVOT, PID, BRONCHIAL ASTHMA, DISLIPIDEMIA, RHEUMATOID ARTHRITIS).
selepas saya ambil satu sachet (letak bawah lidah), dalam tempoh 30 minit… saya mula rasa sakit pada seluruh badan dibahagian sendi, dan sejam selepas itu… rasa kesemutan seluruh badan, dah hampir 17 jam…masih belum hilang rasa kesemutan tu. semalam saya ada ambil ubat penahan sakit (oxycodone) untuk kurangkan rasa sakit dan kesemutan tu. apa perlu saya buat untuk hilangkan rasa kesemutan tersebut. jadi tidak selesa seharian

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah saraf
- Kencing manis (diabetic neuropathy)
- Masalah sendi ataupun tulang belakang
- Slipped disc atau prolapsed intervertebral disc
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda dan ia juga boleh disebabkan oleh penyakit lain yang tidak kami sebutkan di atas. Saranan kami adalah anda perlu berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai apakah yang perlu anda buat memandangkan anda mempunyai banyak masalah kesihatan, banyak maklumat lanjut diperlukan dan memerlukan khidmat nasihat doktor yang merawat anda.
Ingin kami tekankan bahawa jangan menggunakan apa-apa produk yang disyorkan oleh sesiapapun melainkan produk tersebut disyorkan oleh doktor yang merawat anda kerana kami bimbang pengambilan sebarang produk tanpa pengawasan doktor boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.