
Sulit
3 tahun
Seluruh tubuh kurang rasa/kebas apabila disentuh
Sy wanita 20an. Seluruh tubuh tiada rasa selepas bersalin tahun 2015. Kerap berlaku sepanjang 2 tahun. Kadang2 hingus meleleh pun tak dapat rasa. Sepanjang 4 tahun, jarang berlaku dan skrg tahun ke 6. Berlaku semula. Adakah ia kesan dari epidural?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami masalah kebas seluruh badan atau kurang deria sentuhan selepas bersalin pada tahun 2015 dan kini ia berlaku semula, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kekurangan vitamin B12
- Kecederaan saraf atau saraf tertekan
Namun, gejala ini juga boleh berlaku disebabkan beberapa perkara yang serius seperti:
- Kencing manis ( diabetic neuropathy )
- Kecederaan saraf tunjang
- Slipped disc
- Multiple sclerosis
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.