nurwahidayah96
3 tahun
Sembelit ketika berpantang
Saya berumur 23tahun dan baru bersalin 15.11.2019 bersalin normal jahitan bersalin saya banyak hingga kebontot,dan saya ada masaalah sembelit dah cuba ubat lactul dan enema xberkesan,saya guna enema ubat tu terlalu mendesak untuk membuang hingga 1 benang putus dan luka dijahitan dan bengkak,ini adalah jahitan ke 2 saya jahitan pertama terbuka semua sebab byk bergerak ketika ank kuning.jahitan ke 2 masih baru dan isi masih belom cantum dengan baik,.ubat lactul hanya proses najis baru yang lama tetap keras dan sembelit bila nak membuang tetap sakit…
Ubat apa berkesan untuk lembutkan najis lama dan xkeras?
Dan perlu ke saya berjumpa doctor?
Terima kasih doctor
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, untuk mengatasi masalah sembelit ini anda perlu mengambil ubat-ubatan berlainan dan hal ini boleh dilakukan dengan berjumpa dengan doktor anda ataupun berbincang dengan ahli farmasi anda. Penggunaan suplemen pre dan probiotik juga adalah bermanfaat. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.