
Sulit
4 tahun
Sembelit selepas bersalin
Saya sudah Hari ke-16 bersalin secara normal. Smggu yang pertama, sy makan ubat duphalac Dan tiada masalah utk buang air besar. Tetapi lepas stop ubat tu, sy hadapi masalah sembelit dan masih tidak dpt buang air walaupun guna ubat picit (enema) lepas itu, sy ke hospital utk dapatkn nasihat. Doctor hanya beri ubat duphalac (cecair) Pula utk sy. Dua Hari sy makan, masih belum dapat buang air besar sekarang lbh kurg semggu sy x membuang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pengaruh gaya hidup- Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
Menunda buang air besar
Pengaruh ubat-ubatan- Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat serta bagi mendaptkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya ia masih berlanjutan dan anda mengalami sakit perut, muntah atau tidak dapat buang gas.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.