
wafihakim2344
5 tahun
Senak Stoma/Colostomy
Penerangan : Saya Lelaki 20’an, Saya Ada Colostomy, Saya Ada Colostomy Hampir Dua Tahun, Saya Nak Tanya ? Kenapa Sejak Dari Bulan Lepas, Colostomy Saya Keluarkan Lendir Putih Dan Keras ? Lepastu Sering Ada Rasa Senak Dikawasan Colostomy.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada stoma
- hernia pada stoma
- stoma tergelincir (prolapse)
Berasa sakit pada stoma memerlukan pemeriksaan fizikal dan beberapa ujian diagnostik bagi mengetahui punca sebenar. Oleh itu, saya sarankan anda berjumpa dengan doktor dan seterusnya pakar pembedahan umum untuk tindakan selanjutnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.