Sulit
2 tahun
Senaman yang sesuai selepas pembedahan tulang belakang
Saya seorang perempuan berumur 27 tahun pada Julai 2021. Saya pernah menjalani pembedahan tulang belakang pada Oktober 2014 akibat scoliosis. Saya ingin memulakan rutin senaman cardio dan ‘core strength’. Adakah akviti lompat tali dan ‘sit up’ sesuai untuk saya? Atau ada jenis senaman yang lebih sesuai? Terima kasih.
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda ingin melakukan senaman dan ingin mengetahui senaman yang sesuai selepas anda telah melakukan pembedahan tulang belakang. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, senaman seperti lompat tali, sit up ataupun mengangkat berat boleh dilakukan selepas doktor telah menilai bahawa seseorang individu sudah pulih dan boleh bengkok badan. Kebiasaannya 6-9 bulan selepas melakukan pembedahan tulang belakang.
Anda boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih