Sulit
4 tahun
Senggugut 2 kali dlm tempoh period
Salam sejahtera doktor… Saya wanita berumur 27 tahun… Kini saya mengalami masalah yg tak pernah berlaku pada saya sblm nie… Iaitu senggugut 2 kali dalam tempoh period saya… Senggugut saya yg pertama berlaku pada 22/3/2020 sgt teruk dimana darah period keluar sgt byk smpai berketul-ketul dan ia berterusan selama 3 hari tetapi wktu tu senggugut beransur hilang… Kemudian period saya berkurangan hingga tggalkan spotting pada 28/3-31/3…saya fikir mgkin period saya dh nk hbis… Tp… Pada hari ni1/4/2020 saya mengalami senggugut biasa… Dan period saya kluar byk… Cuma tidak berketul… Adakah itu normal… Sbb saya tak pernah kena mcm nie sblm nie…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.