
fnadhirahmariyo
5 tahun
Senggugut tanpa keluar darah haid
Saya senggugut teruk dah masuk 6 hari tapi tak keluar darah. Adakah itu normal ? Atau sebab saya mengandung ? Saya tak check lagi ujian upt.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami perlu mengenal pasti senggugut yang anda maklumkan samada sakit dibahagian bawah perut secara umumnya.
Hal ini kerana, sakit disitu tanpa haid tidak bermaksud sakit itu adalah senggugut.
Sakit dibahagian bawah perut mungkin disebabkan perkara berikut:
- Air kencing yang tersekat dipundi kencing
- Batu karang di salur kencing
- kehamilan
- Kehamilan diluar rahim
- Penyakit radang pelvis.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengesyaki bahawa anda hamil, klik link dibawah untuk mengetahui cara menggunakan UPT.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.