
nazranazara
4 tahun
Seperti ada kahak pekat melekat di kerongkong
Saya wanita akhir 20an, sy mengalami masalah seperti kahak melekat di tekak smnjak mggu lepas, semuanya terjadi slps sy mengalami allergic seafood. Utk pengetahuan doc sblm ini sy tidak pernah mengalaminya, tp ketika itu teruk badan naik gegata dan merah sehingga kan sy rasa seperti tekak rasa sesuatu menyebabkn sy trpaksa pergi kecemasan utk mendapatkn rawatan akibat alergic, berbalik pada kahak melekat td, apa yg sy harus lakukan ya doc, sy telah berjmpa dgn doc, kerana sy rasa seperti nafar sy tidak selancar speerti biasa, mereka memberitahu tekak saya dan paru2 clear, tiada sebarang masalah, tetapi doc ad memberikan neb dan ubt batuk untuk cairkan kahak, persoalannya ap yg sy perlu lakukan ye doc utk step sterusnya memandang masih ada lagi rasa kurang selesa dgn kahak yg masih ad tersekat pd tekak ini, tetapi tidak boleh dikeluarkan, adakah ia akn membahayakan?
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sensasi seperti terdapat kahak dan sesak nafas yang anda alami boleh disebabkan:
- Alahan - punca alahan perlu diketahui
- Asma
- Penyakit paru-paru sempit - akibat keturunan ataupun sejarah merokok
- Penyakit Fibrosis sistik
- Jangkitan saluran udara
Sekiranya anda sudah menerima ubat-ubatan serta nebulizer dari doktor anda, anda disarankan untuk menggunakannya kerana ia mungkin akan mengambil masa sedikit untuk mengembalikan keadaan sedia ada anda. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.