
Anonymous
5 tahun
Seperti ada sesuatu dlm tekak
Saya baru berusia 22 tahun, dah lama benda ni berlaku kadang terasa kadang tidak seperti ada rambut atau ada benda lain dalam tekak, saya selalu jolok tekak saya bagi keluarnya tapi seperti takda apa…saya telan apa2 pun benda tu tetap ada, minum air banyak pun sama juga. Boleh saya tahu apa sebenarnya sakit saya doktor…mcm mana saya nak tahu punca dan apa penyebab benda ni tanda2 dan sebagainya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk makluman anda, gejala yang anda nyatakan boleh disebabkan oleh:
- Luka di dalam tekak
- Bendasing seperti makanan terlekat di tekak
- Ketumbuhan di dalam tekak
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih