santiok93
6 tahun
Serangan sakit pinggang
Saya lelaki 26 tahun mempunyai masalah sakit di bahagian pinggang dan pundi kencing. Bagi sakit di bahagian pinggang,ia terjadi pada sebelah kanan dan membawa ke belakang badan. Saya juga susah buang air besar sedangkan perut saya memulas-mulas.saya juga rasa tidak puas kencing setiap kali selepas buang air kecil. Seharian saya minum air kosong sahaja tapi pada waktu pagi air kencing saya keruh berwarna coklat pada saat yg pertama dan beransur pucat di penghujungnya. Apakah masalah kesihatan yang sedang saya alami ?terima kasih doktor.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh banyak perkara antaranya:
- Jangkitan saluran kencing contohnya jangkitan buah pinggang, ureter (tiub yang membawa air kencing ke pundi kencing), pundi kencing atau uretra (tiub yang mengeluarkan air kencing dari pundi kencing di luar badan). Punca jangkitan adalah hubungan seksual, penyumbatan separa laluan kencing, kateter, atau najis yang menyentuh faraj.
- Masalah batu karang dan sebagainya
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.


































