
Sulit
4 tahun
Sering dihantui perasaan akan mati, stres, takut
Hi doc. Sy remaja berumur 18 tahun. Sejak november 2020 sy tiba2 dihantui perasaan akan mati. Sy jadi takut, bertambah stres dan takut bila membaca tanda2 kematian. Sy jadi takut, stres. Seolah-olah tidak dapat menegeluarkan perkara tersebut drpd fikiran sy. Pada akhir januari, perkara tersebut hilang seketika dan muncul kembali pada pertengahan februari hingga sekarang. Sy TIDAK mengalami tanda2 fizikal lain seperti denyutan jantung menjadi laju, mual, sakit perut, tegang urat, sesak nafas dan lain2. Hanya mental sy yg stres memikirkan perkara tersebut. Kadangkala sy menjadi murung kerana memikirkan hal tersebut. Tapi saya sering mengalami muscle twitching, terasa otot berdenyut2 walaupun tidak mengambil kafein. Apakah pendapat doc? Sy benar-benar takut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, simptom-simptom yang anda nyatakan ini boleh merujuk kepada pelbagai jenis masalah emosi , psikologi dan mental . Kami memerlukan maklumat lanjut tentang simtom-simtom yang anda hadapi bagi mendapatkan diagnosis yang lebih tepat. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor atau mendapatkan bantuan unit psikologi dan kaunselling professional kerana mereka lebih mengetahui rawatan kepada masalah yang anda hadapi. Sekiranya perlu anda boleh dirujuk atau merujuk sendiri masalah anda kepada pakar psikiatri.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.