
Sulit
4 tahun
Sering merasa mengantuk selepas makan, jantung berdegup pantas, rasa panas dalam
Akhir akhir ini, saya selalu rasa mengantuk. Lagi lagi selepas makan. Kadang kadang kalau saya tahan daripada tertidur ia boleh saya sakit kepala.
Saya juga rasa jantung saya berdegup pantas dan selalu rasa di waktu malam atau ketika baring.
Akhir akhir ni saya berasa panas dalam badan. saya sudah periksa suhu badan tapi suhu menunjukkan saya tidak demam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, mengantuk selepas makan adalah reaksi biasa untuk setiap individu kerana proses penghadaman sedang berlaku. Untuk masalah lain, ia mungkin disebabkan oleh beberapa masalah seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Lemah jantung
- Hipertiroid
- Masalah psikologi: Kemurungan (depression), keresahan (anxiety)
Ini hanyalah pandangan kami secara am terhadap masalah yang anda hadapi. Kami amat sarankan anda berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dan rawatan lanjut dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami mengenai masalah anda di atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!