
ikenny844
6 tahun
Sering pening kepala dan pitam
Ank sya berumur 16 tahun. Sudah msok 3minggu mengalami sakit kepala sebelah kanan pd waktu tghari hingga la waktu malam. Telah ke klinik 1msia dn dpt ubt pening kepala. Tetapi ttp jgk sakit kepala. Hari ini ank sya telah pitam semasa di perhimpunan. Cikgu mmbwa dia ke klinik dn dpt panadol. Apa yg merisaukan sya ada kah dia kna migrain. Lg pula dia bersekolah asrama dan berjauhan
dgn sya. Apa yg patut sya lakukan doktor.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara punca-punca untuk kejadian pitam adalah:
- Terdedah kepada panas yang melampau
- Lapar (kurang makan)
- Tekanan emosi
- Keletihan dan ketakutan yang melampau
- Dehidrasi
- Penyakit :
- Tekanan darah tiba-tiba menurun ( hypotension )
- Anemia
- Degupan jantung tidak menentu
- Serangan penyakit di otak
- Serangan Migraine
Berdasarkan situasi anak anda, pemeriksaan yang teliti dan maklumat yang selanjutnya amat diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!