Sulit
4 tahun
Sering raa berdebar dan berdegup laju dan sakit tengkuk belakang kiri yang berulang
saya adalah seorang wanita berumur 38 tahun surirumah dan mempunyai 3orang anak perempuan berumur 3-11tahun,pada hujung tahun 2017 semasa mengandung anak ke3 pada 3rd trimester saya telah didiagnos oleh doktor mempunyai masalah aritmia iaitu degupan jantung tak sekata, dan mempunyai PVC.premature ventricular contraction.tetapi sebelum itu tidak mempunyai sebarang simptom
cuma setelah anak berumur 3bulan baru pertama kali saya berasa palpitation beberapa saat dan kemudiannya saya berasa berdebar dan sedikit menggigil,masih tidak mendapatkan rawatan pada ketika itu.setelah beberapa lama sekali lagi saya berasa palpitations dan ketika itu saya sedang makan sama seperti kali pertama saya rasa palpitation sebelum itu,
saya telah mendapatkan rawatan di hospital shah alam dan membuat ujian darah,ecg dan pemasangan holter 24jam.Tiada apa masalah ditemui ketika itu.Sejak itu sering kali palpitations berulang dan dalam masa yang singkathanya beberapa saat setelah saya cuna rileks dan bernafas dengan baik, ia reda
tapi gejala palpitations ini sering menghantui dan merisaukan saya dan membuatkan saya tidak henti henti memikir apa masalah dan apa sebenarnya sakit saya.Kadang kala menggaggu rutin harian saya,apatah lagi emosi.Sangat mengganggu.
Saya telah mendapatkan rawatan cardiologist di 2buah pusat perubatan swasta.Melakukan ujian darah,ujian tiroid,air kencing,ecg,echo dan stress test. Tetapi keputusan semua normal kecuali tahap kolestrol saya sedikit tinggi.Total kolestrol ialah 6 dan LDL 4
Namun palpitations kerap terjadi dan ia membuatkan saya rimas dan bertambah runsing dengan keadaan kesihatan saya dan mula memikirkan tentang penyakit jantung yang mungkin akan menyerang saya.Sila bantu
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami amat memahami keadaan anda dan akan cuba membantu.
Anda sudah pun ke pakar di swasta untuk membuat pemeriksaan yang meliputi tiroid,air kencing,ecg,echo dan stress test.
Adalah tidak perlu untuk melakukannya semula.
Dalam suatu kajian yang melaporkan etiologi berdebar-debar, 43% didapati etiologi jantung, 31% etiologi psikiatri dan kira-kira 10% diklasifikasikan sebagai lain-lain (ubat ,kafein, anemia) dan sebagainya.
Kami menyarankan anda untuk bercakap dengan pakar psikiatri kerana ini mungkin merupakan masalah yang berkaitan dengannya.
Pakar psikiatri akan mengecualikan masalah kesihatan yang tidak berkaitan dengan psikiatri sebelum memikirkan eteologi psikiatri.
Mereka dapat membantu anda.
Kami harap jawapan kami membantu.
Anda boleh bercakap dengan doktor pakar kami melalui atas talian untuk maklumat lanjut.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri





































