
Sulit
3 tahun
Sering sakit kepala dan pening@pusing
Salam saya dari sabah,umur saya 34tahun…tentang sakit yg sering saya alami…saya sering kali sakit kepala,dan pusing rasa nak petam…setelah saya baring tuk rehatkan badan saya tidak bole bangun dan sering kali mau cuba tuk bangun saya rasa pening…dan kepala bertambah sakit…sebenarnya saya tidak pernah lagi cek di mana2 klinik tau pun hospital…apa penyakit saya nie…bila saya dapat sakit mcm tu…seluru badan saya akan bergetar dan jantung menjadi laju…dan tidak bole bernafas…saya nak doktor tahu dulu saya waktu kecik umur dalam 2tahun saya ada penyakit asthma@ampus last ubat saya umur 12tahun saya dah x da penyakit tu…bila saya. Sdh meningkat dewasa saya tidak mengalami sakit asthma tu lagi…tpi setelah saya sdh berkahwin dan mempunyai anak 3org saya sering kali di landa sesak nafas…dan jantung jadi laju…cuba doktor terang kan ada kah penyakit asthma saya nie datang balik…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang punca sakit kepala, pening dan pitam serfta jika ia berkaitan dengan masalah asma yang anda alami memandangkan anda juga sering sesak nafas. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sakit kepala, pening dan pitam anda boleh berpunca daripada beberapa kemungkinan:
- Sakit kepala migrain dengan aura
- Tekanan darah rendah
- Paras gula dalam darah rendah
- Sakit kepala akibat tekanan
- Anemia
Anda juga menyatakan bahawa anda turut mengalami sesak nafas dan jantung berdegup laju.
Ini boleh berlaku disebabkan
- Perasaan cemas apabila sakit kepala berlaku
- Tekanan darah rendah dan anemia juga boleh menyebabkan gejala sesak nafas dan degupan jantung laju
- Penyakit Asma yang kembali menyerang
Oleh itu, untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuknya kepada doktor. Anda boleh hubungi kami untuk konsultasi atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Di harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.