Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sering sakit kepala, lenguh tangan dan tidak selesa di leher

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Oktober 17, 2020 11:00 AM

Sulit 39 hari

Saya wanita berusia 36 tahun. Sering mengalami sKit kepala, lwngub tangan kiri, tidak selesa di leher dan bahagian atas dada. Hidung saya juga selalu tersembat menyebabkan saya sukar bernafas. Mohon pandangan doktor.

Dr Sashini Seeni 39 hari
General Practitioner

Hai dan selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan keterangan anda, kami bersimpati dengan gejala yang sering anda hadapi iaitu sakit kepala, lenguh tangan kiri, tidak selesa di bahagian atas dada dan hidung tersumbat sehingga sukar bernafas. Namun begitu, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda sebelum kami membuat sebarang kesimpulan tentang penyebab masalah yang anda hadapi. Maklumat yang anda berikan kurang lengkap untuk kami memahami masalah sebenar anda.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor dan penjelasan yang boleh berkait dengan masalah anda:

  • Penyakit darah seperti anemia (kurang sel darah merah yang mengandungi oksigen_)
  • Tekanan darah tinggi
  • Gangguan stress atau serangan panik
  • Kurang melakukan senaman atau kurang melakukan aktiviti harian
  • Salah posisi tidur
  • Gejala berdengkur waktu tidur
  • Kurang oksigen dalam badan
  • Jangkitan kuman pada otak atau kepala
  • Penyakit salur nafas seperti asthma, atau COPD ( Chronic Obstructive Pulmonary Disease )
  • Penyakit alahan atau penyakit darah beku pada salur darah kepala atau otak.

Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera

Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan sekiranya perkara ini berlarutan atau semakin teruk. Sementara itu, anda boleh melakukan yang berikut untuk mengurangkan simptom anda iaitu:

  • Kurangkan stress and cukupkan rehat
  • Kurangkan tekanan darah
  • Banyakkan senaman yang seimbang
  • Elakkan pemakanan yang mengandungi garam yang tinggi
  • Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Tetapkan waktu makan yang betul
  • Banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi
  • Betulkan posisi tidur.
  • Sentiasa minum air dengan secukupnya (elakkan dehidrasi)

Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.

Dikemaskini pada: Sat Oct 17 2020 11:00:47 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Perubatan Dalaman tentang sakit kepala secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Kepala sering berdenyut Umur saya 17 dan Saya kerap mengalami sakit kepala even saya sudah pakai spec , ada juga sometimes saya rasa nak muntah secara tiba tiba dan hilang selera makan . Adakah ini tanda barah otak ? Baca lagi...
19 hari
Sulit
Sakit kepala yg teruk dan mngganggu aktiviti harian Hai Dr. Saya umur 25 tahun dan seorang student ipta. Saya mmg slalu sakit kpla dr skolah mnengah lagi.kkerapan dia dlm sbulan skali atau 2x shja. Tp sejak 2 3 mnggu ni sakit kpla makin kerap dtg… Baca lagi...
10 hari
Sulit
Rasa hendak pitam selepas berjogging Saya lelaki berumur 26, petang semalam sy berjogging dalam 4km dan sy telah lakukan 4 hari berturut-turut dgn jarak yang sama. Semalam selepas tamat jogging semasa dirumah saya berasa hilang kes… Baca lagi...
3 hari
Sulit
Terhantuk bucu dinding Hi doc, sorry… Saya berbahasa malay, saya nak tanya… Minggu lepas saya ada terlanggar/terhentak/terhantuk dinding iaitu kepala saya kena bucu dinding…saya berjalan laju dan tak pandang depan, te… Baca lagi...
23 hari
Sulit
Sakit kepala di kedua belah atau sebelah kiri atau kanan Hallo dok. Saya berumur 16 tahun. Saya mau bertanya tentang sakit kepala. Sejak kebelakangan ini saya sering mengalami sakit kepala kadang kala di sebelah kiri dan kadang kala di sebelah kanan. … Baca lagi...
17 hari