Sulit
5 tahun
Sesak nafas akibat makan ubat tahan sakit iaitu ponstan
Saya lelaki 20tahun… hendak bertanya berapa lamakah akan sembuh sesak nafas? ini akibat makan ubat tahan sakit … saya sudah pergi jumpa doktor dan doktor juga check jantung saya pada keadaan sihat tetapi still rasa seperti ada lagi ketat dada
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah anda mengenai kesesakan nafas. Untuk makluman anda, terdapat bebearapa penyakit yang boleh dikatikan dengan kondisi anda iaitu:
- Asma
- Penyakit penyekatan salur nafas (COPD)
- Cecair hidung yang jatuh ke kerongkong ( Postnasal Drip )
- Paru-paru berair ( Pulmonary edema )
- Penyakit tidak bernafas ketika tidur ( Sleep apnea ) yang boleh disebabkan oleh keturunan atau masalah tonsil
- Penyakit jantung seperti Congestive Heart Failure (CHF)
- Salur darah paru-paru tersumbat ( Pulmonary embolism )
- Refluks asid dalam perut
- Penyakit buah pinggang
- Serangan panik atau gangguan stress.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.




































