
Anonymous
5 tahun
Sesak nafas atau tidak puas bernafas
Hye doktor… sy seorg wanita berumur 29tahun, berat badan 98kg & tinggi 159cm… sejak 4hari kebelakangan ini sy mengalami sesak nafas, rasa tidak puas bernafas… tidak mengalami simptom2 selesema atau pun batuk… cuma ada rasa gementar atau menggelabah bila nafas tidak puas… boleh sy tahu ape punca nya dan ape tindakkan2 yg perlu saya ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.
- Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah
- asma
- jangkitan paru-paru akut (pneumonia)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah
- kegagalan jantung
- serangan jantung
- kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
- Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah
- kekurangan darah merah (anaemia)
- alahan
- resdung
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- kegemukan.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, dan rawatan yang selanjutnya, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi yang lebih teliti. Terima kasih.