
Sulit
4 tahun
Sesak nafas berterusan setiap hari hampir 2 bulan
Salam sejahtera, saya mengalami sesak nafas setiap hari dan kadang-kadang disertai dengan rasa sakit dan pedih di bahagian tengah dada dan saya rasa seperti saluran pernafasan saya membengkak. Pada bulan Ogos 2020 saya telah pergi ke PPUM dan doktor memberitahu saya kena asid refluks/gerd. Telah diberi diberi omeprazole dan mmt. Namun sakit tersebut masih belum berkurang sehingga sekarang. Telah masuk empat kotak omeprazole saya ambil dan dah banyak antasid saya ambil/minum, namun sakit masih tidak sembuh. Untuk pengetahuan, saya tidak mengalami sakit perut, tidak mual,tidak muntah,tiada rasa masam atau pahit di tekak dan tidak mengalami batuk. Ahli farmasi semasa saya membeli omeprazole menasihatkan saya untuk berhenti makan ubat tersebut kerana sudah terlalu banyak yang saya ambil. Pada pandangan doktor, apa yang perlu saya lakukan untuk menghilangkan kesukaran bernafas ini? Apa punca sebenar? Adakah betul gerd? Sebab saya mengalami sesak nafas ini sepanjang masa. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan tuan/puan, masalah ini adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.
- Sesak nafas boleh berlaku secara akut dan kronik :
- Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan hilang dalam jangkamasa beberapa hari setelah rawatan .
- Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangkawaktu yang lama. Ia perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.
- Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangkitan paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru.
- Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
- Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (Anxiety Disorders) dan kegemukan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi